Komuniti IPGM Kampus Sarawak, Miri
Komuniti IPGM Kampus Sarawak, Miri

WADAH diskusi warga IPGM Kampus Sarawak, Miri berkisarkan coretan warga Institut dalam mengharungi ranjau kehidupan citra KEGURUAN
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
KOMEN & PANDANGAN ANDA
Latest topics
» MaxKO...Take KO to the Max..[Knight Online] ~ Online Games
Thu Oct 13, 2011 5:28 pm by alibaba2

» ::Pesta Sukan JPP 2009::
Mon Oct 26, 2009 6:52 pm by abangz

» ::Bulan Bahasa Kebangsaan 2009::
Mon Oct 26, 2009 6:49 pm by abangz

» Mengenali MUSUH: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?
Fri Oct 16, 2009 8:30 pm by abangz

» ::IKTIBAR DARI AL-QURAN::
Fri Oct 16, 2009 8:25 pm by abangz

» ::ALLAH sedang berkomunikasi::
Sun Oct 11, 2009 12:36 am by abangz

» Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction
Fri Sep 11, 2009 1:48 am by abangz

» ISTIMEWA SAAT RAMADHAN
Thu Aug 27, 2009 4:19 pm by abangz

» Promote Forum IPGM Kampus Sarawak!!
Wed Aug 19, 2009 1:22 am by Guest

Top posters
abangz
 
cikgu osmanz
 
bokarachai
 
PAk Long
 
Hidayat
 
yena
 
alibaba2
 
workahooligunz
 
abu61
 
shamaladongdong
 
Poll
Social bookmarking
Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Komuniti IPGM Kampus Sarawak, Miri on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Komuniti IPGM Kampus Sarawak, Miri on your social bookmarking website

Share | 
 

 Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
abangz
GURU CEMERLANG


Posts : 50
Join date : 16/05/2009
Age : 28
Location : Sarawak, Malaysia

PostSubject: Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin   Wed Jul 08, 2009 9:53 pm

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu.

"Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda.

Beliau berkata walaupun kerajaan sedar mengenai kelemahan pelajaran dalam menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal PPSMI, dasar itu hanya ditukar sekarang selepas selesai pusingan enam tahun pelaksanaannya. - Bernama
Back to top Go down
View user profile http://ipgmsarawakmiri.findtalk.biz/http://www.abangz.blogspot.c
abc
Guest



PostSubject: kesian anak-anak.......   Mon Jul 13, 2009 1:41 pm

Sudah 6 thn dasar PPSMI ini menjadi isu yg dipertikaikan di m’sia. Dan akhirnya kemelut ini diselesaikan. Tetapi masalahnya….adakah keputusan ini adalah terbaik utk semua terutamanya utk murid2 kita???mungkin kita semua ada pandanga yg berlainan mengenai keputusan krjn kita. Tapi diri saya berasa agak kecewa dgn keputusan yg th diumumkan itu. Mungkin byk org tdk bayangkan betapa sengsara dan susah bljr di bawah system p’didikan di ngr kita yg selalu bertukar-tukar. Mereka perlulah seperti “transformer” yg perlu sentiasa berubah-ubah pada dirinya, mindanya bagi menyesaikan diri dgn system p’didikan di ngr kita. Di sini sy bg cth, bagi seorg murid yg lahir pd th 1996….dan dia bljr di sek rendah aliran cina, beliau telah bljr sains&mat dlm bhs cina semasa di sek rendah, selepas itu beliau tlah bertukar kpd bhs inggeris semasa di ting.1-ting.3, dan apabila beliau sampai di ting 4, beliau perlu bljr sains&mat dalm bhs melayu pula…dan apabila beliau bljr di ting.6 atau masuk u nanti, beliau perlulah tukar lagi kpd bhs inggeris…. Betapa kesian nasib mereka….sememangnya bukan satu perkara yg mudah utk master sains&mat dgn baik sekiranya kita terpaksa bljr dalm bhs yg berlainan…..sukar dibayangkan!!!
Bukanlah saya m’kritik cara penyelesaian krjn, tapi saya berasa sebarang keputusan haruslah adalah berdasarkan kebaikan dan demi masa depan anak-anak kita yg lebih cerah.
Saya amat setuju dgn p’ajaran sains&mat dlm bhs ibunda semasa di sek rendah krn sebagai seorng insane yg mengenang akar diri kita, kita perlulah tahu bhs ibunda diri kita. Tetapi saya berasa adalah lebih baik jika anak-anak dpt bljr sains dan mat dlm bhs eng apabila di sek menengah (form 1-5) memandangkan mereka perlu blj dlm bhs eng dalam ting6 dan univer nanti.. ini amat penting spy pljr dpt biasakan diri dgn satu bhs saja dan ini dpt mempertingkatkan penguasan ilmu mrk dalam m/p tanpa masalah halangan bahasa.
Semasa di sek menengah, pljr kita dapt menguasai bhs melayu dgn baik apabila m/p spt :geo, sej, bm, khb, pj, seni dan lain-lain diajar dlm bhs melayu. Jadi semua generasu muda di ngra kita sememangnya boleh menguasai bhs melayu dgn baik dan dapt b’interaksi dgn kaum lain dgn harmonis dgn m’gunakan satu bhas yg sama. Jadi, p’ajaran sains&mat dlm bhs inggeris adalah tdk akan m’halang perpaduan antara kaum dan bangsa di ngr kita.
Marilah kita berfikir utk masa depan anak-anak kita kalau kita betul-betul seorg guru yg mengambil berat anak murid kita!!!!!!
Itu hanyalah pandangan diri saya dan saya memohon maaf sekiranya pandangan sya telah menyebabkan mana-mana pihak kurng senang hati

“GURU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG UTK SATU MALAYSIA!!!!”
Smile
Back to top Go down
abangz
GURU CEMERLANG


Posts : 50
Join date : 16/05/2009
Age : 28
Location : Sarawak, Malaysia

PostSubject: Re: Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin   Thu Aug 06, 2009 1:25 am

Salam..

Terima kasih atas pandangan yang telah dikemukakan. Asas pertimbangan saya pula ialah bertindak sebagai pemerhati yang mana masih dalam proses latihan keguruan yang mana belum lagi dalam dunia pendidikan yang sebenar. Saya melihat pelaksanaan PPSMI ini daripada dua aspek iaitu kesan positif dan juga negatifnya. * JAWAPAN SAYA ADALAH PANDANGAN SEMATA-MATA & SEKADAR UNTUK BERKONGSI.

Positifnya, kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris (BI) merupakan bahasa perantaraan antarabangsa. Oleh itu, mudahnya kita berinteraksi dengan dunia luar apabila penguasaan BI pada tahap yang baik. Kita maklum juga kebanyakan buku-buku yang terdapat di perpustakaan, kedai buku dan kebanyakan sumber rujukan adalah dalam BI. Oleh itu, penguasaan BI pada tahap yang baik memudahkan kita mendapatkan pengetahuan daripadanya. Internet merupakan nadi penghubung terhebat dunia pada masa sekarang. Alangkah eloknya dengan penguasaan BI yang mantap memudahkan kita akses kepada dunia luar melalui internet. Terdapat pelbagai lagi kebaikannya jika P&P Matematik & Sains dalam BI.

Namun,

Persoalan pertama yang saya ingin utarakan kepada SEMUA ialah; Adakah dengan P&P Matematik & Sains dalam BI dapat memantapkan penguasaan BI?

Kedua; Adakah dalam PPSMI turut terkandung pengajaran vocabulary, nouns, grammar etc oleh seseorang guru? Jika tidak bagaimana penguasaan BI dapat dijelmakan. Adakah dengan pengenalan istilah-istilah Matematik & Sains dalam BI dapat memantapkan lagi penguasaan pelajar sedangkan subjek BI pun mereka masih lemah.

Ketiga; Adakah asas BI pelajar sudah mantap untuk belajar Mate & Sains dalam BI? Jika tidak kenapa kita tidak mantapkan sahaja pengajaran BI terlebih dahulu? Bukankah asas itu cukup penting, asas itu yang dapat kukuhkan lagi penguasaan pelajar.

Keempat; Bagaimanan status BAHASA MELAYU yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia? Bukankah ia menjadi bahasa pengantar bagi semua subjek kecuali BI & subjek bahasa ibunda? Adakah kita sedar kita telah terpesong dari asas pengajaran?

Kelima; Kenapa negara maju seperti JEPUN boleh maju dengan menggunakan bahasa ibunda mereka? Mereka tidak fasih dalam BI tapi boleh menjadi negara maju. Malaysia pula masih dalam kategori negara membangun?

Keenam; Kita tidak takutkah bahasa Melayu terhapus walau terkandung dalam perlembagaan sekalipun seperti yang berlaku di Singapura? Singapura perlembagaannya masih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tapi kita dengar & lihat bahasa apa yang dipertuturkan?

PANDANGAN SAYA ADALAH BERASASKAN PERTIMBANGAN SEBAGAI PEMERHATI SAHAJA DAN TIDAK KENA MENGENA DENGAN MANA-MANA PIHAK. PERKONGSIAN BAGI SAYA ADALAH SATU RAHMAT.

Wassalam
Back to top Go down
View user profile http://ipgmsarawakmiri.findtalk.biz/http://www.abangz.blogspot.c
Sponsored content




PostSubject: Re: Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin   Today at 1:55 pm

Back to top Go down
 
Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti IPGM Kampus Sarawak, Miri :: AKHBAR TEMPATAN :: MINDA HARIAN-
Jump to: